Hari ini aku ke tempat itu lagi. Tempat yang amat aku benci. Suram. Kelam. Aku hampir terlena saat Kak Som menepuk bahuku.
Dipanggilnya aku dengan kasar, aku terlopong dan bangun bergegas dari katil aku. Uniform biru menyelubungi badanku.
Berjela-jela wayar terlekat di badanku. Saat aku tiba di depan H, aku duduk.
"Macam mana hari ini, Q?"
"OK"
"Cukup tak bekalan semalam?"
"Cukup"
"Hari ni nak lagi?"
"Boleh"
Aku hanya mengangguk dan menjawab sepatah.
"Sampai bila lagi? Taknak tukar yang lain?"
"Taknak"
Lantas aku bingkas bangun, dia hulurkan tangan, aku tolak.
Mungkin satu hari aku akan maafkan diri aku..
Discoveries: 280
Comments: 4
A pendita ketawatakhenti commented @ 5:18 am 12-01-08
akopenuhrahsia, adakah kau mahu aku ketawa bersama kau? Mungkin aku sedang, mungkin aku sedang terlopong. Kau pilih.
secretxx, aku berterimakasih. Penulisan kau agak bagus juga. Keep it up. Tapi nasihat aku, tolong jaga maruah kau kerana kau terlalu muda.
Tolong jangan salah faham maksud aku kerana aku tau jiwa kau memberontak untuk dilayan seperti seorang adult
A secretive akopenuhrahsia commented @ 1:53 am 12-01-08
uniform biru?? r u in PLKN? hahahah...
A secretive secretxx commented @ 1:31 am 12-01-08
wow. ini baru rahsia. tergamam dgn bahasa anda. keep it up.