aku baru putus cinta. untuk kali kelimanya, aku di dump oleh perempuan. semuanya salah aku. aku ni jenis lelaki yang agak nerd dan malu dengan perempuan. aku ni hidup atas dasar rational. kebanyakkan benda yang aku buat, aku perlukan sebab kenapa aku nak buat sesuatu.
contoh: kalau aku nak keluar jalan-jalan, aku perlukan sebab e.g: beli barang, makan2, tengok wayang, main bowling atau apa saja.
so, sepanjang aku couple dengan awek aku ni (2 minggu je, sebelum tu kami bercinta jarak jauh), aku tak pernah ajak dia keluar on weekend. satu nyer sebab aku malas nak keluar sebab aku lebih suka duduk rumah layan computer, drama jepun, movie. satu lagi sebab adalah aku takder sebab nak ajak dia keluar.
dia nak aku layan dia macam aku layan kawan2 aku. tapi aku tak boleh layan dia macam kawan2 aku sebab aku dengan member2, aku buat ikut suka ati aku jer. kalau aku malas, aku cakap jer tak nak dan derang ok jer. awek takkan faham perasaan tu.
entah lah. aku ni mungkin dah terlalu selesa hidup sorang2. sepanjang aku bercinta ni, this is the first time aku keluar date dengan perempuan. kebanyakkan cinta aku cuma cinta cyber atau cinta jarak jauh. aku terasa tak bebas bila perempuan ajak aku keluar atau kena telefon dia atau sms dia. semua benda ni salah aku tapi untuk aku keluar dari kepompong hidup single aku selama 24 tahun ni, aku rasa agak sukar.
sejak aku dari kecik sampai aku besar, aku ni boleh dikatakan berkelana sendirian. sepanjang sekolah rendah, aku uruskan diri aku sendiri dari segi pelajaran. takdak cikgu tuisyen, takdak akak2 nak tolong ajar, cuma ada kawan2 dan cikgu kat sekolah. bila dah sekolah menengah, masuk sekolah asrama. jadi dah takder nak rapat sgt dengan family. kawan2 pun sekadar boleh bilang dengan jari. bila dah masuk universiti, cuma ada kawan2 je, family makin lama makin jauh. waktu ni, aku start minat pada komputer dan seakan2 cuma komputer jer yang faham diri aku ni camne.
entah la...aku sunyi hidup sorang tapi perangai aku yang menyebabkan perempuan tak kekal lama dengan aku. once, sorang perempuan yang aku pernah date cakap, "you'll winding up alone". dia jugak cakap "you're a good friend but lousy lover". aku kena admit yang aku memang tak pandai bercinta dan kebanyakkan perempuan tak suka dengan sikap aku yang tak romantik dan tak reti nak date ni. aku jeles jugak tengok member2 ada awek tapi bila aku tengok derang tu takder dunia lain selain awek derang je, aku cam tak suka la pulak benda camtu.
mungkin aku ni sangat sayangkan diri aku sampai tak beri ruang orang lain untuk mencintai aku. aku dah cuba berubah tapi sayangnya perempuan yang aku sayangi tak sanggup tunggu aku berubah. ketahuilah aku ni sangat sukar nak berubah jadi apa yang dilihat depan mata derang sekarang ni adalah versi yang dah banyak berubah dari aku yang dulu, yang malu2, yang kelu tak terkata apa depan perempuan, yang jalan asyik tundukkan kepala, yang takder self confidence (still have it but manage to hide it).
aku rasa useless betul dan aku tak rasa ada perempuan yang mampu tunggu aku berubah jadi perhaps aku membujang je sampai tua. i just being myself but it seems being myself is not a loveable one. buat kesekian kalinya, aku mengeluh. entah apa lah nasib badan.
i just want to be loved. nothing complicated but i need a woman who can bare with me. perhaps love is not my thing. i'm not what they called "boyfriend material".
A anonymous commented @ 7:21 pm 07-03-08
kawan aku penah ckp stiap org nih ade pasangan die..either ko da jumpe die n let him/her go..or die dah mati.. so dont give up k.. nobody wants to grow old alone unless ko org paling tegar dlm dunie ni.. (from the sound of it, u dont sound like one)..so get up, look around u, smell the coffee, go eat some delish donuts, take an evening stroll.. and share ur life with someone! its all abt compromising with each other.. dont over complicate things
A anonymous commented @ 6:46 pm 07-03-08
naikou,aku tak caye ade laki cani zmn skrang nie..memandangkan ratio laki ngan pompuan cam langit ngan bumi.sket punye ramai lar pompuan kan..take a good look around..pompuan with looks,intelligence,personality smer merata2..ko kena usahe sket jer..change your style for instance,go n play sports,go out there n bersosial..trust me nobody want to live alone for the rest of their life.kalo ko kate ko sayang diri kau kan..for sure ko akan let someone to love you.maknenye skrang nie,ko tak sedar yg ko da abused diri ko sendri.(saje kasi ayat over wahahha)if ko asyek pikir ko nie tak pandai layan pompuan and ko nie bukan bf material.what should you do?takkan nak sit around and wait for miracle to hapen?love is evryone's business.and you deserve it.don't be afraid of changes.goodluck!