Secret #205

Aku kembali setelah lama sungguh aku pergi. Kau orang tak perlu tahu ke mana aku pergi kerana itu tak penting. Hari ini, yang penting, aku mau berkongsi nukilan aku yang terbaru.

Satu
Aku telah jatuh cinta, pertama kali aku pandang sang perawan di situ
Di situ juga aku sedar bahawa cinta itu bukan milik aku
Bukan kerna perasaan, bukan kerna waktu
Hanya takdir yang tidak menyebelahiku

Dua
Kelmarin aku jatuh sakit, sakit yang amat teruk
Sudah sekian lama aku tak berbalut plastik
Dan wayar halus menggelinap tubuhku
Syukur aku masih bernafas hari ini

Tiga
Esok sekali lagi terapi
Terapi untuk sekian ribu kali
Terapi yang makin hari makin ku benci
Terapi yang aku harap akan pupus suatu hari nanti

Empat
Biarpun saban hari aku nantikan kau
Masih jua kau belum muncul
Saat nadi ini berhenti kelak
Adakah waktu masih lagi mengizinkan?

Kau jawab, aku dengar.

CLICK FOR INFOSHAREREPORT
Rate Secret #205 (total votes)
by A pendita ketawatakhenti @ 6:21 am 02-02-08

Discoveries: 260
Comments: 5

Share Link

Share HTML

(Disabled) Email to Friends



(Disabled) Please help us keep SecretSaya clean from any inappropriate content.

If you find this secret offensive due to whatever reasons, Report it to us and we'll take immediate action.

Report this Secret



5 comment(s)

A every mom's choice.. koala_008 commented @ 8:24 am 04-02-08

For the one who loves 'topi'..

I know how you feel..i really can feel it through your poem..but i dont know how to elaborate it well..
I just know you're very strong person..

REPORT SPAM

A pendita ketawatakhenti commented @ 6:22 am 04-02-08

Maaf, aku tidak kenal siapa fynn. Tapi terima kasih. Aku hargai walau aku tak minta.

Yang tak bernama pukul 11:14 pagi tanggal 2 Februari, kalau sentuhan kata ku membuat kau sedih, maafkan aku. Aku cuma ingin meluahkan.

Harap kau senyum selalu.. ini aku beri satu untuk kau sebab aku jarang buat d:)

Itu topi, aku suka bertopi.

REPORT SPAM

A anonymous commented @ 3:03 pm 02-02-08

phenomenal kau bagai phenomenal fynn cuma untuk aku dia nyata, kau virtual. phenomenal kamu berdua buat aku juga ingin berteriak, ingin menyuarakan isi hati sama seperti kamu berdua. kamu berdua betul inspirasiku

REPORT SPAM

A 'C' rahasiaku commented @ 1:40 pm 02-02-08

get well soon,k!

REPORT SPAM

A anonymous commented @ 11:14 am 02-02-08

ketawatakhenti...naper begini.sgt sedeh :(

REPORT SPAM



Post your advice or comment?

NEW! Anonymous Comment now Active!